Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini Ayesha nak share tentang YOUTH Skincare Shaklee. Ada sesiapa yang pernah dengar tentang produk ini? Bagi yang engikuti perkembangan produk-produk Shaklee mesti korang tahu sebelum Youth dipasarkan ada rangkaian produk penjagaan kulit wajah Nutriwhite keluaran Shaklee. Sekarang ni Nutriwhite dah tidak ada lagi, dan digantikan dengan produk terbaru YOUTH SKINCARE. Disini saya nak berkongsi sedikit sebanyak tentang YOUTH SKINCARE BY SHAKLEE..
Apakah keistimewaan produk Youth Skincare Shaklee ini?
- Diuji secara klinikal dan dermatologi.
- Diuji oleh pakar mata, Ophthalmologist. Jadi, ia selamat untuk mata dan tidak memedihkan mata yang jenis sensitif.
- Bebas dari 2500 bahan kimia berbahaya termasuklah paraben, merkuri, gluten, phtalates, hydroguinon.
- Dijamin 100% Vegan, semulajadi dari tumbuhan.
- Menggunakan teknologi terkini dan ia dipatenkan.
- Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
Kalau nak tahu, produk Youth ini telah dikaji selama 8 tahun! Ini bermakna produk ini telah dikaji untuk memberikan hasil yang lumayan kepada pengguna.
Hasil kajian menunjukkan:
- Terbukti secara 100% wanita yang mengikuti kajian ini berjaya mendapatkan kulit yang lebih muda dari sebelumnya.
- 2/3 daripada wanita yang ikut serta dalam kajian klinikal ini juga berjaya mendapatkan kulit lebih muda 10 tahun dari usia mereka yang sebenar.
YOUTH Skincare Shaklee bertindak dengan 6 langkah penting dan mudah:
1. Luminous Gel Oil Cleanser.
Pencuci muka YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER mempunyai ciri-ciri berikut:
- 3 dalam 1 (membersih, melembap, dan mencerah)
- Tidak mengandungi sabun
- pH seimbang
- Menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta algae.
2. Perfecting Skin Toner
Bebaskan kulit kita dari ejen yang menyebabkan kulit kusam dengan PERFECTING SKIN TONER dari YOUTH. Tunjukkan pada dunia dan diri sendiri dengan keyakinan yang lebih bersama penyegar muka YOUTH.
- Membersihkan sel kulit mati
- Menghidratkan kulit muka
- Memberi nutrisi kepada kulit
- Mempunyai campuran berpaten vitamin, polifenol dan algae
Kulit kita akan lebih sejuk dan fresh dengan toner dari Youth ini tau.
3. Activating Serum
Kulit lebih muda remaja bersama YOUTH ACTIVATING SERUM
- Mempunyai 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang lebih serius
- Terdiri dari campuran polifenol, vitamin dan Youth Complex
- Menggalakkan penghasilan kolagen
- Memperbaharui kulit di peringkat sel
Youth Serum ini mempunyai sistem penutup yang berkualiti tinggi. Penutupnya memudahkann pengguna dan menghalang serum dari teroksida yang boleh merosakkannya. Serum ini juga mempunyai 10 kali ganda bahan aktif untuk pembaharuan sel yang kritikal.
4. Age Defense Mineral Moisturizer
Kulit memerlukan perlindungan lebih dari sekadar terik mentari dengan AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50. Krim ini tidak waterproof dan meresap jauh ke dalam kulit. Ianya sangat mesra wudhuk.
- Spektrum luas UVA dan UVB
- SPF 50
- Mempunyai vitamin dan nutrien untuk memberi kelembapan dari dalam kulit
- Sesuai dijadikan sebagai primer make-up
5. Advanced Rnewal Night Cream
Krim malam YOUTH mempunyai dua rangkaian iaitu Light dan Rich. Beza di antara kedua-dua ini adalah:
ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM - RICH
- Mempunyai gabungan bersama Shea Butter dan Jojoba Oil.
ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM - LIGHT
- Bagi kulit jenis kombinasi dan berminyak, sesuai untuk menggunakan jenis Light.
- Ia untuk merawat kulit dari dalam dan menggalakkan penghasilan kolagen di waktu malam.
6. Radiance C + E
Mengandungi 20% vitamin C berpaten dan vitamin E serta ekstrak raspberi yang sangat membantu untuk mengatasi masalah penuaan. Ia menegang, menghalus dan meganjalkan kulit. Radiance ini memiliki kepekatan vintamin C yang lebih tinggi dari skincare lain di pasaran iaitu sebanyak 20%.
Sekian saja perkongsian saya pada post kali ini.
Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh tinggalkan sebarang pertanyaan diruangan comment atau cari saya di..
> Instagram : @_kyrazbeaute
> FB Page : Kyraz Collection







0 comments:
Post a Comment